Banduan Di Thailand Protes Bakar Penjara

BANGKOK: Ratusan banduan bertindak membakar penjara di selatan Thailand semasa protes dua hari berhubung pengendalian kes Covid-19 dengan beberapa banduan mengalami kecederaan.

Tahanan menuntut banduan yang dijangkiti virus Covid-19 diasingkan dari penjara itu.

Menurut Utusan Malaysia, Penjara itu menempatkan seramai 2,100 banduan dan 300 tahanan disahkan positif Covid-19.

Jurucakap Timbalan Polis Negara, Kissana Phathanacharoen berkata, seramai 31 banduan ditahan dan dibawa ke penjara keselamatan tinggi kerana melakukan kesalahan tersebut.

Jelasnya, tiada sebarang insiden meragut nyawa berlaku dan kebakaran hanya melibatkan kecederaan kecil.

Jabatan Koreksional memaklumkan penjara Thailand penuh sesak sehingga menyukarkan proses membendung virus tersebut daripada menular.

Lebih 87,000 banduan dijangkiti Covid-19 dengan 185 kes kematian direkodkan.

Pihak berkuasa menyiasat kerosakan yang berlaku hari ini selepas 400 banduan mengamuk sejak malam semalam.

scroll to top