Korban Pangsapuri Roboh Di Florida Cecah 16

SURFSIDE: Empat lagi mayat ditemui dalam runtuhan pangsapuri roboh di Florida, menurut pihak berkuasa kelmarin, ketika pencarian untuk seramai 140 orang yang masih hilang memasuki hari ketujuh.

Angka kematian rasmi kini mencecah 16 mangsa setelah pangsapuri di kawa bandar Miami tersebut tiba-tiba ranap awal Khamis lepas, namun harapan semakin pudar ketika beratus-ratus anggota penyelamat menggeledah lokasi untuk mencari mangsa terselamat.

“Kami kini menemui empat lagi mangsa. Angka kematian adalah 16. Dua belas ahli keluarga dan kenalan mangsa telah dimaklumkan, manakala empat keluarga masih menanti berita,” kata Datuk Bandar Daerah Dade Miami Daniella Levine pada sidang media.

Kolonel Golan Vach, ketua unit operasi mencari dan menyelamat tentera Israel, menjelaskan mereka menemui mayat ketika menggeledah runtuhan, menemui mangsa dalam ruang yang digambarkan seperti terowong.

Dalam satu kes, ruangan ini dihasilkan antara dua runtuhan balkoni.

“Di antara mereka terdapat ruangan besar dengan udara. Kami merangkak melalui terowong tersebut. Kami memanggil-manggil orang namun tidak menemui apa-apa,” kata Vach.

Elad Edri, timbalan komander pasukan mencari dan menyelamat tentera Israel, memberi butiran bagaimana penyelamat telah habis mengelilingi pelan sekitar bilik tidur dan ruang tamu di mana penduduk mungkin terperangkap.

Namun beliau menambah “enam hari telah berlalu se-jak runtuhan berlaku dan peluang untuk menemui mangsa hidup adalah tipis.”

Beliau turut melaporkan bahawa penyelamat telah mencari di kawasan parkir bawah tanah dengan kemungkinan mangsa terperangkap di dalam kereta, tetapi tidak menemui sesiapa.

Runtuhan bangunan 12 tingkat Champlain Towers South telah mencetuskan usaha mencari dan menyelamat melibatkan jurutera serta pakar dari seluruh Amerika Syarikat dan juga sejauh Mexico dan Israel.

Presiden Joe Biden me-ngunjungi lokasi tersebut pada Khamis dengan isteri-nya Jill Biden untuk bertemu dengan keluarga mangsa.

Penduduk di bahagian bangunan Champlain To-wers South yang masih tidak terjejas melaporkan bahawa mereka dikejutkan pada sekitar jam 1.30 pagi Khamis waktu tempatan oleh bunyi seperti guntur yang menggegarkan bilik mereka.

“Ia seperti gempa bumi,” kata Janette Aguero, yang berjaya melarikan diri bersama keluarganya dari tingkat 11 bangunan itu.

Pasukan penyelamat tiba selepas bangunan itu ranap telah membantu memin-dahkan ramai penduduk, dan menarik keluar seorang remaja lelaki yang masih hidup di bawah runtuhan.

Namun sejak itu, tiada mangsa terselamat lain ditemui, walaupun terdapat ramai ahli penyelamat dengan bantuan anjing pengesan dan kren.

Pada Selasa seramai 210 penyelamat bertugas di lokasi.

Pakar sedang menyiasat kebarangkalian kecelaan kritikal yang sudah terdapat dalam skruktur bangunan pangsapuri itu.

Dalam satu laporan Oktober 2018 yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bandar  Jumaat lepas mendedahkan terdapat kebimbangan tentang “kerosakan besar struktur” dalam kompleks itu, daripada papak konkrit di bawah dek kolam sehingga tiang dan rasuk di dalam garaj parkir.

Dalam satu surat kepada penduduk pada April, Jean Wodnicki, ketua persatuan kondo tersebut, menggambarkan kerosakan “semakin teruk” dalam bangunan itu.

Kerja-kerja pembaikian dijadualkan untuk bermula tidak lama lagi ke atas bangunan berusia 40 tahun itu. — AFP

scroll to top