Lelaki Perancis dipenjara 30 tahun untuk kes rogol, bunuh pada 2002

DOUAI: Sebuah mahkamah Perancis pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun terhadap seorang lelaki kerana merogol dan membunuh seorang wanita muda hampir dua dekad lepas, dalam satu kes yang sudah lama membelenggu dan mengejutkan negara itu.

Sebuah mahkamah rayuan di Douai di utara Perancis mengesahkan hukuman penjara 30 tahun sebelum itu terhadap Willy Bardon yang dijatuhkan oleh sebuah mahkamah lebih rendah pada 2019 namun yang pentingnya, menambah pensabitan bagi pembunuhan termasuk merogol dan menculik.

Seorang pekerja bank, Elodie Kulik, 24, telah diculik, dirogol, dicekik dan mayatnya kemudian dibakar pada Januari 2002 di Tertry, 20 kilometer dari Saint-Quentin di wilayah Aisne.

Hadir di mahkamah dengan berpakaian serba hitam dan kepala botak, Bardon menutup mata ketika keputusan dibacakan.

Sejak dia ditangkap pada 2013, Bardon sering mengekalkan kenyataan tidak bersalahnya dalam pembunuhan Kulik, satu pendirian yang dia tegaskan semula di mahkamah kelmarin.

“Saya tidak pernah terlibat dalam jenayah kejam,” katanya.

Namun bapa mangsa Jacky menyatakan bahawa keputusan seperti dalam keputusan awal bahawa “dia (Bardon) tidak berjaya untuk menipu sesiapapun.”

Bercakap tentang mendiang anak perempuannya, Jacky Kulik menambah: “Saya sudah menunaikan janji saya. Ia merupakan penamat kepada perjuangan saya.”

Peguam Bardon, Gabriel Dumenil menuduh mah-kamah mengabaikan bantahan pembelaannya dan menyatakan anak guamnya sekarang bercadang untuk membawa kes itu ke mahkamah rayuan tertinggi di Perancis.

Ketika dia mula disabitkan pada Disember 2019, Bardon telah menelan racun serangga dalam satu usaha dramatik untuk membunuh diri di dalam mahkamah dan dimasukkan ke hospital selama lima hari.

Sebelum meninggal dunia, Kulik berupaya menghubu-ngi perkhidmatan kecemasan dan rakaman menyayat hati selama 26 saat itu merupakan bahagian bukti utama dalam perbicaraan.

Seorang lagi suspek Gregory Wiart, yang DNA miliknya telah ditemui  di tempat kejadian, meninggal dunia pada 2003. Namun enam saksi memberitahu mahkamah dalam perbi-caraan awal bahawa mereka mengenal pasti suara Willy Bardon dalam pita rakaman tersebut. — AFP

scroll to top