Mangsa PATI Hilang Di Perairan Johor Meningkat 21 Orang

BOT yang membawa penumpang pendatang asing yang ditemukan di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi di sini. - UTUSAN.

JAKARTA: Polis Indonesia mengesahkan jumlah mangsa pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam tragedi bot karam di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, meningkat 21 orang, 30 yang lain masih hilang dan 13 orang selamat.

Lapor Kompas.com, kesemua penumpang tersebut adalah warga Indonesia yang membawa 64 PATI ke Malaysia, 15 Disember tahun lalu.

Kesemua migran itu dipercayai cuba memasuki Malaysia secara haram melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

28 Disember lalu, 16 PATI yang dipercayai hilang sudah ditemukan dengan misi pencarian baki mangsa diteruskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.- Sumber Utusan Malaysia.

scroll to top