Akustik PENTARAMA JaPen Sabah Disiarkan 29 Okt Ini

RAKAMAN ... Artis-artis PENTARAMA menyampaikan lagu masing-masing semasa rakaman.

JABATAN Penerangan (JaPen)  Sabah menerusi platform media sosial, Facebook dan Instagram akan menyiarkan Program Akustik PENTARAMA pada 29 Oktober ini.

Program tersebut dijayakan oleh artis-artis PENTARAMA secara rakaman di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) di sini, pada Ahad malam.

Program itu merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Unit PENTARAMA untuk membantu jabatan terbabit dalam usaha memasarkan maklumat mengenai dasar-dasar yang dijalankan kerajaan.

Hadir pada program berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan dan Ketua Unit PENTARAMA, Mohd Mujahid Halpi.-Penerangan.

scroll to top