‘Anugerah Sabahan Pilihan Era’ Buat Julung Kalinya

HEBAHAN ... Poster Anugerah Sabahan Pilihan Era

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: ERA Sabah buat julung kalinya menganjurkan ‘Anugerah Sabahan Pilihan ERA’ yang memberi  peluang kepada semua peminat ERA Sabah untuk mencalonkan individu yang dikenali dan menabur jasa dalam membantu golongan terjejas sepanjang tempoh pandemik ini.

Pencalonan boleh dibuat dari sekarang hingga 5 September di laman rasmi era.je dan di aplikasi SYOK, menurut emel yang dikirimkan Astro kepada media.

Pencalonan ‘Anugerah Sabahan Pilihan ERA’ boleh dibuat untuk tiga kategori .

Kategori pertama iaitu Sabahan Pemurah Pilihan ERA: Individu yang membantu dari segi bekalan makanan  mahupun wang tunai kepada golongan yang terjejas.

Kategori kedua, Sabahan Prihatin Pilihan ERA: Individu yang memberi bantuan fizikal dan sokongan  rohani termasuk sukarelawan di pusat-pusat pemberian vaksin, sukarelawan bencana alam atau sebagai tenaga pengajar.

Manakala kategori ketiga  Influencer Sabahan ERA: Individu yang memberi hiburan kepada rakyat Sabah menerusi dengan pelbagai pendekatan seperti lakonan, nyanyian, dan pelbagai lagi di platform media sosial.

Semua dijemput untuk membuang undi dalam pemilihan juara setiap kategori dari 6 hingga 12 September 2021.

Juara setiap kategori akan diumumkan pada pukul 10 pagi, 16 September sempena sambutan Hari Malaysia menerusi Facebook Live ERA Sabah.

Semua pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, sebuah trofi berserta sijil penghargaan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi era.je atau ikuti ERA Sabah di laman-laman media sosial.

Muat turun aplikasi SYOK dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Sertai ‘Anugerah Sabahan Pilihan ERA’ dan nikmati 26 jenama radio, podcast, video dan banyak lagi di SYOK!

scroll to top