LONGEST 21 Sedia Warnai Seni Hiburan Tanah Air

KETUA ... Maswani Maswan selaku ketua kumpulan.

KEMUNCULAN berbagai kumpulan seperti Rap atau Rock Alternatif di negara ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Ini tidak terkecuali dengan kemunculan LONGEST 21 yang cuba bersaing di arena seni suara ‘Di Negeri Di Bawah Bayu’ Sabah khasnya dan di Malaysia umumnya.

ASNAWI JIPON …. Produser Muzik LONGEST 21 .

Mengelar diri mereka sebagai LONGEST 21 , kumpulan anak muda yang ditubuhkan pada pertengahan bulan Jun lalu ini dianggotai oleh beberapa orang remaja tempatan yang mempunyai bakat yang tinggi dalam seni suara.

LONGEST 21 terdiri oleh pasangan adik beradik Zainal Chew Mohd Faizal Chew, Alif Fatahillah Mohd Faizal Chew Abdullah, Asnawi Jipon, Radinal Jipon dan Maswani Maswan selaku ketua kumpulan.

Maswani adalah seorang yang berpengalaman luas dan pernah menyertai beberapa kumpulan sebelum ini masih berusaha untuk menyemerakkan kegemilangan dan keunggulan kumpulan baharunya dipersada kejayaan.

ALIF FATAHILLAH … Rapper Artis LONGEST 21 .

Dengan berbekalkan pengalaman para ahli-ahli LONGEST 21, beliau percaya suatu hari kelak kumpulan ini akan berada bersama dengan kumpulan yang telah berjaya dan diminati oleh ramai peminat seni.

Maswani berazam ingin memperagakan kehebatan kumpulan anak tempatan ini ke seluruh pelosok kepulauan Borneo ini.

Walaupun baru ditubuhkan, LONGEST 21 telah berjaya melancarkan single album pertama mereka ‘Dunia’ yang telah diterbitkan oleh Spotify pada 7 Julai lalu yang tengah hangat diminati ramai peminat .

Selaku pengurus dan penasihat LONGEST 21 , Maswani dan artis-artisnya sedang mempersiapkan berbagai lagu untuk diterbitkan tidak lama lagi.

ZAINAL CHEW … Penyanyi LONGEST 21 .

Beliau juga sedang mempersiapkan kesinambungan kerjasama melalui bakat-bakat yang terpendam untuk dijadikan landasan kegemilangan yang akan ditonjolkan oleh LONGEST 21 .

Berbekalkan suntikan semangat yang telah diberikan oleh Amat Jutrah yang begitu tinggi kepada kumpulan LONGEST 21 sebagai kumpulan karyawan anak seni tempatan berkata, tiada kata-kata kalah dalam mana-mana ujian.

“Jangan pernah hanyut dik puji-pujian, sentiasalah bermusahabah, bekerjasama di antara satu dengan yang lain, perlu menjaga disiplin, jujur dan penuh beramanah,” katanya.

Di antara posisi para artis dalam LONGEST 21 adalah seperti berikut;
Zainal – Penyanyi/Penulis lirik/muzik/pemaindrum, Alif@Fatah (penyanyi Rapper/pemain gitar/penulis lirik), Radinal (Pemain gitar utama/penulis lirik/muzik) dan Nawio (Produser muzik/pengubah muzik/lirik,keyboardist).

RADINAL JIPON … Gitar Utama LONGEST 21 .

Manakala Maswani kekal sebagai pengubah lirik/muzik sekaligus sebagai penasihat dan pengurus kepada LONGEST 21 .

Maswani mengucapkan jutaan terima kasih kepada Amat Jutrah dan kesemua penyokong-penyokong LONGEST 21 yang sentiasa memberikan sokongan penuh.

“Khususnya kepada orang-orang Sabah dan Semenanjung Malaysia yang telah menyambut baik pelancaran lagu pertama bertajuk ‘DUNIA’ di station radio, Spotify dan YouTube, yang mengesahkan tentang keadaan semasa yang kita lalui hari ini.”– Sumbangan AZRI ONN .

scroll to top