20,780 Kes Baharu Dicatat Hari Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Kes baharu positif COVID-19 negara meningkat kepada 20,780 kes hari ini berbanding 19,991 kes dilaporkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran dalam laman Twitter memaklumkan, bilangan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,320,547.

Selangor kekal penyumbang kes tertinggi dengan 6,921 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,065), Johor (1,693), Kedah (1,534), Sabah (1,514) dan Pulau Pinang (1,385).

Kelantan pula merekodkan 1,284 kes, Negeri Sembilan (1,015), Perak (828), Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan (3).-Bernama.

scroll to top