KUALA LUMPUR: Kes baharu harian COVID-19 dalam negara kelmarin turun kepada 18,762 dalam tempoh 24 jam lepas berbanding 20,897 kes semalam.

DR NOOR HISHAM
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di akaun Twitter rasmi berkata jumlah kumulatif kes positif kini adalah sebanyak 1,765,016 kes.
Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi namun jumlah kes kelmarin merekodkan penurunan kepada 3,711 kes berbanding 4,371 semalam.
“Ia diikuti Sabah 2,430 kes, Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585) dan Kelantan (1,504).
“Perak mencatatkan 899 kes, Pahang (715), Kuala Lumpur (573), Terengganu (506), Melaka (309) dan Negeri Sembilan (291),” katanya.
Tiga negeri kekal mencatatkan kes bawah 100 iaitu Putrajaya 34 kes, Perlis (33) dan tiga kes di Labuan.-Bernama.