Negara Rekod 22,597 Kes COVID-19 Hari Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini merekodkan sebanyak 22,597 kes baharu COVID-19, meningkat sedikit berbanding semalam iaitu 22,070 kes.

DR NOOR HISHAM

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Facebook rasminya berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,685,510.

Katanya Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 5,814 kes, diikuti Sabah (2,834), Sarawak (2,427), Kedah (2,162) dan Pulau Pinang (1,920).

“Sebanyak 1,896 kes direkodkan di Johor, Kelantan (1,289), Kuala Lumpur (1,111), Perak (1,061), Terengganu (739),  Pahang (579),  Negeri Sembilan (345), Melaka (269), Perlis (98), Putrajaya (48) dan Labuan (5), “ katanya.

Menerusi kenyataan rasminya, Dr Noor Hisham menjelaskan daripada jumlah kes baharu hari ini, majoritinya iaitu 22,129 kes atau 97.9 peratus terdiri daripada pesakit COVID-19 Kategori 1 dan 2, manakala  468 (2.1 peratus) adalah pesakit Kategori 3, 4 dan 5.

“Secara keseluruhan, 17,345 (76.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya

Beliau berkata dalam tempoh sama, sebanyak 19,492 kes sembuh turut direkod menjadikan jumlah keseluruhan inidividu sembuh daripada wabak itu di Malaysia kini melebih 1.4 juta.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 268,548, manakala kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini 986 orang termasuk 451 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata terdapat 252 kematian baharu dilaporkan merangkumi 220 kematian di hospital dan 32 adalah mati ketika dibawa (BID).

Setakat ini juga, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 36 kluster baharu yang merangkumi 23 kluster di tempat kerja, 12 kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.-Bernama.

scroll to top