Pasukan ResQ, UPSI Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Alor Pongsu

SUMBANGAN..: Dr Azlan (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan kepada ,  Ahmad Fairuz yang mewakili penduduk di Pejabat Penghulu Mukim Beriah, Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak.

TANJUNG MALIM: Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk Alor Pongsu, Daerah Kerian Perak yang ditimpa musibah banjir, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  tampil menyampaikan sumbangan kepada mangsa di kawasan berkenaan.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata komitmen sukarelawan UPSI mencerminkan keprihatinan universiti terhadap nasib yang menimpa penduduk Alor Pongsu yang terlibat dengan bencana banjir.

“UPSI senantiasa peka dan prihatin terhadap komuniti yang menghadapi  musibah bencana alam atas dasar kemanusiaan, semangat kesukarelawanan dan memasyarakatkan universiti melalui bantuan pengurusan bencana ,” katanya.

Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin berkata  mereka  mengambil inisiatif dengan menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di Alor Pongsu, Deaerah Kerian.

Menurut beliau,  ResQ Team UPSI dan UPSI Holding Sdn Bhd (UHSB)  menyerahkan sumbangan berbentuk 70 kotak air mineral, selimut, dan barangan keperluan asas untuk 50 buah keluarga yang terjejas akibat bencana banjir di sini.

“Sumbangan ini menggunakan Tabung UPSI Prihatin dan juga pihak Alumni UPSI yang bersimpati dengan  penduduk yang menghadapi masalah bencana banjir.

Misi penyampaian bantuan itu, katanya, diketuai oleh Timbalan Pengarah UCTC, Prof. Madya Dr. Mohd Azlan  Nafiah bersama tiga kakitangannya.

Dr Azlan  berkata  penyerahan bantuan  disampaikan oleh beliau sendiri kepada  Penghulu Mukim Beriah,  Ahmad Fairuz Abdullah Sani yang mewakili penduduk di Pusat Bencana Daerah Kerian dengan kerjasama Pegawai Daerah Kerian, Haji Mohd Sabri Bakri.

Beliau berkata pasukan ResQ UPSI bersedia untuk menyalurkan khidmat tenaga bagi membantu penduduk yang terjejas fokus kepada kerja-kerja pembersihan kemudian nanti.

“Misi sukarelawan ini digerakkan bagi membantu komuniti  setempat yang terkesan akibat banjir dengan menyalurkan bantuan berbentuk pemberian sumbangan makanan kepada  mangsa banjir yang terperangkap di rumah yang tengelami air.

Penyampaian sumbangan dilaksanakan di Pejabat Penghulu Mukim Beriah, Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak berupa  50 set barangan keperluan   dan makanan kering termasuk  70 karton (500ml) air mineral.

Hasil daripada maklumat yg diterima kawsan sekitar Jalan Alor Pongsu-Selama dan Kampung Parit mengalami banjir akibat daripada ban pecah & hujan lebat.

scroll to top