104 Murid SK Membedai Sertai Kem Bestari Solat Secara Atas Talian

WP LABUAN: Sekolah Kebangsaan Membedai telah mengadakan Program Kem Bestari Solat (KBS) secara dalam talian, yang telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri W.P Labuan, Yusup Haji Mohamad

Objektif program ini dilaksanakan untuk membimbing murid dalam melaksanakan solat dengan sempurna dan baik, membantu murid memperbetulkan kesalahan biasa di dalam solat serta mendidik murid tentang kepentingan kesempurnaan solat.

Dalam ucapan perasmian tersebut, Yusup mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga Sekolah Kebangsaan Membedai, khususnya Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kerana berjaya menjalankan Kem Bestari Solat secara dalam talian walaupun berdepan cabaran pandemik Covid-19.

Beliau gembira atas penyertaan murid yang ramai dalam program ini.

Yusup mengingatkan tentang kepentingan dan kewajipan menunaikan solat  kerana ia merupakan rukun Islam kedua.

AMALI … Seorang murid SK Membedai sedang melaksanakan amali solat secara dalam talian dibimbing oleh Ustaz Nawawi.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan murid-murid yang memberi sokongan dengan menyertai kem secara dalam talian.

Yusup turut bersama menyaksikan pelaksanaan amali solat murid-murid dan beliau gembira kerana mereka dapat melakukan solat dengan baik.

Ucapan tahniah kepada panita Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di atas kejayaan mendapat pingat emas dan ‘Judge’s Choice’  di dalam pertandingan inovasi LaRIS Creativity and Innovation Showcase 2021 peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Program telah disertai oleh Guru Besar SK Membedai, Mohamed Al Ghaffar Haji Mohamed Maidin, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Ustazah Kamriah Salim, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Ustazah Rahimah barisan, Guru-guru dan ibubapa.

Program ini dibimbing oleh Ustaz Nawawi Ejal selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Ustaz Mohammad Akmal Danial Hazani, Ustazah Nasibah Abdullah dan Ustazah Anfal Amir. – Sumbangan AZRI ONN

PESERTA … Antara murid-murid yang menyertai Program Kem Bestari Solat (KBS) secara dalam talian.

scroll to top