108 Binatang Korban Diagih

SERAH ... Hajiji melakukan simbolik penyerahan lembu korban kepada Panglima 5 Divisyen, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Kem Lok Kawi, Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid.

TUARAN:  Sempena Hari Raya Aidiladha pada Selasa depan, 108 ekor binatang korban diagih kepada pasukan keselamatan, masjid serta surau sekitar daerah ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pemberian itu dilakukan secara tahunan namun mendapat sumbangan lebih banyak pada tahun ini daripada persatuan-persatuan di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas simbolik penyerahan dilakukan di perkarangan Masjid Haji Noor, Kampung Serusup, pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan masyarakat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan negeri dalam menyambut perayaan itu.

Pada hari sama, Hajiji turut menyampaikan 300 bakul makanan bagi penduduk DUN Sulaman dalam Program Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SEDIA di Pusat Kebudayaan Bajau Sama, Kampung Lok Batik.– Penerangan.

scroll to top