120 peserta tamat kursus budaya warisan Etnik Sama

SAIMAH HAJI MAD

KOTA BELUD:   Seramai 120 peserta dari kalangan belia Etnik Sama berjaya menamatkan latihan masing masing dalam enam kursus anjuran Persatuan Sama Sabah (PSS) dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) yang diadakan sejak 1 Disember hingga 22 Disember.

Kordinator program, Saimah Haji Mad berkata kursus-kursus itu ialah kursus membuat sarimpak, kursus jahitan bajau tradisi Etnik Sama, kursus masakan tradisi Etnik Sama, kursus belajar bahasa bahasa bajausama, kursus muzik tradisi Etnik sama dan kursus tarian tradisi Etnik Sama.

Program ini diadakan bagi membimbing lebih ramai generasi muda agar mencintai budaya tradisi mereka bagi memastikan khazanah budaya dapat dilestarikan dan dipertahankan dan tidak luput ditelan zaman.

Majlis Penutupan Program Budaya dan Warisan Etnik Sama tu dijangka dirasmikan oleh Presiden PSS,  Datuk Haji Abdullah Sibil di Aravilla Homestay pada Khamis (22 Disember) bermula jam 8.00 pagi.

scroll to top