1,200 Penerima Vaksin, Petugas Barisan Hadapan Terima Sumbangan Makanan

TERIMA KASIH ... Japli Sami (dua dari kanan) Setiausaha Sulit kepada Datuk Dr. Joachim Gunsalam, menerima sumbangan KTC.

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam hari ini merakamkan penghargaan kepada syarikat pengeluar makanan terkemuka Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) atas sumbangan yang tidak putus-putus kepada penduduk daerah Ranau.

DR JOACHIM GUNSALAM

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, pihaknya menyambut baik sumbangan daripada mana-mana pihak yang bermurah hati untuk membantu.

“KTC telah memberikan sumbangan 1,200 roti jenama Creamos bun dan susu kotak Dutch Lady. Terima kasih saya ucapkan kepada Pegarah Eksekutif Dexter Lau,” kata Dr. Joachim, di sini.

“Roti dan susu kotak ini kemudiannya akan diserahkan kepada penerima vaksin, untuk dijadikan alas perut setelah selesai menerima suntikan,” katanya.

Dr. Joachim berkata lagi, roti dan susu berkenaan akan diagihkan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Kg. Kaingaran, Kg. Timbua, Kg. Perancangan dan Klinik Kesihatan Kundasang.

Edaran tersebut diketuai oleh Japli Sami, dibantu oleh kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) serta Pejabat ADUN Kundasang.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan edaran,” kata Dr. Joachim.

scroll to top