138 Penduduk Kg Tudan Lengkap Vaksin Covid-19

MESRA ... Joniston (kiri) menyantuni salah seorang penerima vaksin Covid-19.

TUARAN: Seramai 138 penduduk Kampung Tudan, Kiulu lengkap menerima suntikan vaksin dos kedua dalam program Outreach CITF Vaksinasi Covid-19.

Pembantu Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, masyarakat semakin sedar akan kepentingan vaksin dalam mengekang penularan Covid-19.

“Di Pekan Kiulu sahaja, dianggarkan seramai seribu orang penduduk telah mendaftar dan hampir 500 orang penduduk di Pekan Nabalu juga mengambil tindakan sama.

“Peningkatan ini menunjukan kesedaran rakyat semakin meningkat terhadap keberkesanan vaksinasi,” katanya ketika ditemui media di Dewan Muhibbah Kampung Tudan, pada Selasa.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussain, Pegawai Penerangan Tuaran, Malina Jamarin, Pegawai Kesihatan Tuaran, Dr. Rosfina Ghazali dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.15 Kiulu, Golubi Guntarek.-Penerangan.

scroll to top