143 Sertai Program Taranah Di Rumah SK Sungai Lada

WP LABUAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lada telah mengadakan Program Taranah di Rumah secara dalam talian, baru-baru ini yang telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Sungai Lada WP Labuan Maidan Dali @ Sumardi Yusoff.

Objektif program ini dilaksanakan untuk mengisi masa hujung minggu murid dengan beberapa slot yang menarik dan sesuai.

MAIDAN DALI

Dalam ucapan perasmian tersebut, Maidan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga SK Sungai Lada, khususnya Unit Hal Ehwal Murid kerana berjaya menjalankan Program Taranah di Rumah dalam talian walaupun berdepan cabaran pandemik Covid-19.

Beliau menzahirkan kegembiraan atas penyertaan murid yang ramai dalam program ini.

Maidan memperingatkan kepada peserta termasuk murid-murid SK Sungai Lada tentang kepentingan masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan murid-murid yang menyertai program berkeanaan dan memberi sokongan dengan menyertai program tersebut secara dalam talian.

Antara pengisian slot ialah slot pertama PdPR 3.0 daripada Penolong Kanan Pentadbiran Siroja Rahimin, slot ke dua Tangani Stress daripada Guru Bimbingan Kaunseling Nurul Ain Adawiyah Bahari dan slot ke tiga iaitu Kecerdasan Fizikal daripada Guru Pendidikan Jasmani Muhammad Hanafi Salim .

Slot terakhir juga diisi dengan pengumuman pelajar terbaik dalam PdPR yang disampaikan oleh Penolong Kanah HEM iaitu Noorlihan Abdul Alip dan dibantu setiausaha HEM Nurshafiqah Mohd Fariq Ariffin.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang terbaik dalam PdPR minggu pertama untuk program Taranah di Rumah seramai 108 orang dan berharap akan meningkat lagi pada minggu seterusnya.

PESERTA … Sabahagian peserta yang menyertai program berkenaan.

Program ini juga telah disertai bersama oleh Ketua Penolong Pengarah Unit TMK Siow May Yun, Ketua Penolong Pengarah HEM Haji Minggu Amat, Penolong Pengarah Unit TVET Abdul Rizal Abdul Rahim dan barisan Pentadbir SK Sungai Lada, Guru-guru SK Sungai Lada, ibubapa, penjaga dan murid.

Program telah disertai kira-kira 143 orang peserta. – Sumbangan AZRI ONN

 

 

scroll to top