156 jayakan Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia tonton filem Mat Kilau

PATRIOTISME…Sebahagian hadirin yang menjayakan Program Uniti keluarga Malaysia-Hayati Sejarah Melalui Filem Mat Kilau.

KOTA KINABALU: Seramai 156 orang memenuhi pawagam City Cineplex, Citymall petang Ahad bagi menjayakan Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia-Hayati Sejarah Melalui Filem Mat Kilau yang diadakan secara serentak di 20 pawagam di seluruh negara.

Program itu disertai ahli-ahli Jiran Muda, Jiran Wanita, Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Bandaraya Kota Kinabalu, serta Sekretariat Rukun Negara (SRN) dari IPG Gaya, UMS, UiTM.

Pengarah JPNIN Negeri Sabah, Puan Delin Liet Blaun berkata, program itu dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai semangat patriotisme dan menanamkan jati diri di kalangan generasi muda.

Selain itu ia juga diadakan untuk melahirkan masyarakat yang cintakan tanah air.

“Antara objektif program ialah meningkatkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat dan melahirkan komuniti bersatu padu,” katanya.

Ia juga bagi memberi pengajaran dalam menghargai pengorbanan pahlawan terdahulu demi kemerdekaan negara, tambahnya lagi.

Program semarak Uniti Keluarga Malaysia sambil menonton filem patriotik Mat Kilau mendapat sambutan menggalakkan dan mendapat pujian orang ramai.

Turut bersama menyaksikan filem itu ialah Pengarah JPNIN Sabah, Puan Delin Liet Blaun, Timbalan Pengarah, Puan Jessica Basat Pegawai Zon Bandaraya Kota Kinabalu, Puan Normalawati Hassim dan Pengerusi-pengerusi KRT Zon Bandaraya Kota Kinabalu.

Filem Mat Kilau arahan Pengarah Terbaik Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57, Syamsul Yusof membariskan pelakon-pelakon handal seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Tamby, Namron, A Galak, Khir Rahman, Ellie Suriaty dan pelakon dari Indonesia, Yayan Ruhian yang mencipta nama d Hollywood.

Antara mesej yangdisampaikan filem Mat Kilau ialah soal kepimpinan berkualiti, perpaduan, kesetiaan ,kesabaran, bertindak mengikut strategi dan tidak bertindak terburu-buru.

Filem itu mampu memperlihatkan gambaran sejarah mengenai penentangan masyarakat tempatan dalam mempertahankan tanahair dari campur tangan penjajah. selepas tayangan filem Mat Kilau

scroll to top