175 KIR Di Empat Kampung DUN Kundasang Terima Sumbangan Makanan

TERIMA KASIH .... Yubidi (dua dari kiri) menyerahkan bakul makanan kepada KIR dari Kg. Gunsapou.

RANAU: Seramai 175 ketua isi rumah (KIR) di  empat kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang telah menerima sumbangan bantuan makanan.

DR JOACHIM GUNSALAM

Mereka merupakan penduduk Kg. Nawanon, Kg. Kantas Baru, Kg. Pugi dan Kg. Gunsapou.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam mengucapkan terima kasih kepada pihak yang prihatin dan memberikan sumbangan kepada rakyat Ranau khusunya DUN Kundasang.

“Saya bersyukur di atas sumbangan daripada Syarikat Kini Progresif Sdn. Bhd. Terima kasih dan semoga  Tuhan memberkati anda,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dalam kenyataan media.

SERAH … Yubidi (kanan) menyerahkan bantuan makanan kepada seorang KIR dari kg Nawanon.

Edaran bantuan bakul makanan ini diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo. Turut serta ialah Pegawai Khas, Pemaju Mukim serta dua lagi sukarelawan dri Kg Kundasang.

Dr. Joachim mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat mengedarkan bantuan bakul makanan ini.

“Kerjasama di antara jentera pentadbiran DUN Kundasang amat saya hargai, saya percaya ini adalah untuk rakyat,” tambahnya lagi.

scroll to top