22 Lagi Lokaliti Kena PKPD

MASIDI MANJUN

Oleh MARIAYATI MURSIDI

KOTA KINABALU: Sebanyak 22 lagi lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari berkuat kuasa 1 Ogos hingga 14 Ogos 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerajaan bersetuju mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti berkenaan setelah Sidang Khas MKN meneliti pembentangan oleh KKM dan mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di negeri ini.

Lokaliti-lokaliti  berkenaan membabitkan enam lokaliti di Tawau iaitu Bandar Sabindo, Kg Rancangan Sg Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lrg Habib Abdul Rahman Jln Apas, PPR Sri Semarak dan Taman Berjaya.

Lima lokaliti di Keningau iaitu Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Panagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan dan Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau.

Tiga lokaliti di Kudat membabitkan Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi.

Tiga lokaliti di Sandakan iaitu Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati.

Sementara dua lokaliti di Kota Kinabalu membabitkan Taman Sempelang, Sembulan serta Kampung Sembulan Tengah dan Lama.

Tiga lagi lokaliti ialah di Kampung Tempasuk 1, Kota Belud, Kampung Tengah Padang, Putatan dan Kampung Babagon, Penampang.

Dalam pada itu, satu lokaliti iaitu Kampung Siansai Dundau, Kota Belud yang dijadualkan tamat PKPD pada 31 Julai 2021 dilanjutkan lagi bermula 1 Ogos hingga 14 Ogos 2021.

Manakala empat lokaliti ditamatkan PKPD pada 31 Julai 2021 seperti dijadualkan melibatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Ehsan, Kudat; Kampung Naruntung, Pitas; Kampung Pinalobuh Bukid, Kota Belud; dan Ladang Sawit KLK Lungmanis dan  Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu.

scroll to top