2,834 Kes Baharu COVID-19 Dengan 17 Kematian Dilapor Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 2,834 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 140,361 kes.

Sebanyak 17 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tujuh (7) kes di Kota Kinabalu, lima (5) kes di Tawau, dua (2) kes di Keningau serta masing-masing mencatatkan satu (1) kes di Kunak, Semporna dan Penampang. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 1,077 menjadikan jumlah kumulatif 107,589 orang.

Seramai 5,007 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,457 orang di hospital, 3,486 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 53 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala 11 orang di fasiliti swasta.

Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 227 orang dan 75 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah (2,834) kes iaitu penurunan sebanyak (-176) kes berbanding (3,010) kes yang dicatatkan semalam (27 Ogos 2021).

Kes harian masih tinggi walaupun jumlah kes menurun di bawah paras (3,000) kes daripada (3,010) kes kepada (2,834) kes.

Secara keseluruhan Saringan Bergejala ialah 27.45% atau (778) kes sementara Saringan Kontak Rapat menyumbang 61.79% atau (1,751) kes dan kes daripada Saringan Kluster cuma (51) kes. Daripada (2,834) kes hari ini, (2,544) adalah warganegara dan (290) adalah bukan warganegara. Kes hari ini juga termasuk (21) kes daripada OKT/tahanan.

Daripada (2,834) kes baharu hari ini, (1,249) kes atau 44.1% adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, (215) kes atau 7.6% adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan (319) kes atau 11.3% adalah kes daftar lewat melebihi 5 hari.

Sejumlah (2,753) atau 97.14% pesakit dengan pecahan sebanyak (760) kes daripada Kategori 1 dan sebanyak (1,993) kes daripada Kategori 2, (13) pesakit dalam Kategori 3, sembilan (9) pesakit dalam Kategori 4 dan lapan (8) pesakit dalam kategori 5. (51) kes masih dalam siasatan lanjut.

Bagi bulan Ogos, 1,414,020 dos vaksin Pfizer, Sinovac dan CanSino telah pun diterima termasuk 515,150 dos yang sampai sepanjang minggu ini. Sejumlah 99,400 dos Pfizer lagi akan sampai dari Kuching dalam masa 2 hingga 3 hari.

Setakat hari ini (28 Ogos 2021) berdasarkan statistik PICK Negeri Sabah, bilangan penduduk layak divaksin yang telah divaksin 1 dos ialah sebanyak 56.68% dan bagi yang telah selesai 2 dos pula ialah sebanyak 36.39%, manakala jumlah keseluruhan penduduk dengan dos lengkap ialah sebanyak 36.47% dengan mengambil kira bahawa hanya 1 dos sahaja diperlukan sebagai dos lengkap bagi vaksin jenis Cansino. Jumlah penduduk Sabah layak divaksin ialah seramai (2,758,400) orang.

Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID- 19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak (1,751) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan hari ini.

scroll to top