300 Pemandu Teksi, Bas Sekolah Daerah Sandakan Terima Bantuan Bakul Makanan

SUMBANGAN: Chin (tiga kanan) bersama Ling (dua kanan) semasa majlis penyampaian sumbangan bakul makanan. Turut kelihatan Gazzalih (tiga kiri).

Oleh MARIAYATI MURSIDI

KOTA KINABALU: Sebanyak 300 pemandu teksi dan bas sekolah daerah Sandakan menerima bantuan bakul makanan sumbangan Bintulu Port Holding yang diadakan secara pandu lalu di Lapangan Terbang Sandakan hari ini. Bintulu Po

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan Malaysia Ling Tian Soon bersama Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Dato’ Chin Kim Hiung.

Program berkenaan dianjurkan bersama oleh Persatuan Bas Sekolah Daerah Sandakan dan Persatuan Teksi Seluruh Sabah serta sokongan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Turut hadir, Ketua Operasi Lapangan Terbang Sandakan Gazzalih Hussain, Pengerusi Persatuan Teksi Seluruh Sabah Hiew Su Vun dan Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Seluruh Sabah Lee Man Keong.

scroll to top