5,260 Dos Sehari Disediakan Di Tujuh PPV Sandakan 

SEDIA… Keadaan sebelah pagi di PPV Dewan Hakka Batu 6.

Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Tujuh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sandakan menyediakan 5,260 dos sehari secara ‘Walk-In’ bermula hari ini hingga 10 September 2021.

PPV Dewan Masyarakat Sandakan bermula jam 8.30 pagi (bukan warganegara) dengan jumlah 804 dos  sehari.

PPV Dewan Hakka Batu 6 bermula jam 8.30 pagi untuk warga negara dan jam 10.30 pagi kepada bukan warganegara dengan jumlah 402 dos sehari.

Sebanyak 1,200 dos sehari disediakan di PPV Dewan Tiong Hua Batu 2 bermula jam 8.30 pagi untuk warganegara dan jam 1 petang kepada bukan warganegara.

Bagi di PPV Dewan Yu Yuan Batu 4 menyediakan 250 dos sehari bermula jam 8.30 pagi (warganegara) dan 12.30 tengahari (bukan warganegara).

Bagi dua PPV di Parlimen Libaran, masing-masing menyediakan 1002 dos sehari di Dewan Libaran Batu 7 bermula jam 8.30 pagi (warganegara), 11.30 pagi (bukan warganegara) dan di Dewan Gum-Gum Batu 16 bermula jam 8.30 pagi (warganegara), jam 12.30 tengahari (bukan warganegara).

600 dos sehari di PPV Dewan PPR Batu Sapi bermula jam 8.30 pagi untuk warganegara dan 11 pagi kepada bukan warganegara.

Pemberian vaksin secara percuma ini kepada semua penduduk di Sandakan berumur 18 tahun ke atas yang telah berdaftar atau belum daftar MySejahtera.

Keutamaan akan diberikan kepada warga emas, wanita mengandung dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Bagi mereka yang merupakan kontak rapat dan bergejala tidak dibenarkan untuk datang pada masa itu.

scroll to top