Adik Gary Geordeen Gustin Dapat Perhatian Robert

SUMBANGAN…Rahman mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Sandra.

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

BINGKOR: Adik Gary Geordeen Gustin berumur 1 tahun 4 bulan, dari Kampung Dangulad yang mengalami masalah ketidakupayaan fizikal  turut mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N40, Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban yang dihadapi keluarga.

Sama-sama kita doakan agar adik Gary Geordeen diberikan kesihatan yang baik dan ceria selalu,” katanya.

Sumbangan disampaikan oleh Rahman Bidin selaku Pemaju Mukim Tuarid yang mewakili Datuk Robert dan diterima oleh Sandra Justin, iaitu Ibu kepada adik Gary Geordeen.

Sandra mengucapkan terima kasih kepada Datuk Robert atas keprihatinan beliau.

scroll to top