ADUN Pintasan Sumbang 13 Ekor Lembu Korban

UNTUK KORBAN…Majlis penyampaian sumbangan lembu untuk ibadah korban di Kg Tawadakan.

Oleh ABD NADDIN SHAIDDIN

KOTA BELUD:  Sempena Hari Raya Korban tahun ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan menyumbangkan 13 ekor lembu korban di beberapa buah masjid di Kawasan DUN Pintasan untuk tujuan ibadah korban dan diagihkan kepada gologan asnaf dan fakir miskin.

Antara masjid-masjid dan surau yang mendapat sumbangan berkenaan ialah Surau Al Ikhlas,  Masjid Kampung (Kg) Peladok, Masjid Kg Kota Peladok, Masjid Kg Liang, Kg Payas-Payas, Masjid Kg Pantai Emas, Masjid Kg Rudang, Masjid Kg Tawadakan, Masjid Kg Merabau, Masjid Kg Tamau-Lilud, Masjid Kg Pintasan, Rampaian Ulu dan Masjid Kg Pandasan.

Beliau juga menyumbangkan lembu  korban kepada IPD  Daerah  Kota Belud sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua UPPM Kawasan N.8 Pintasan, Jamlan Saparan bersama dengan kakitangan UPPM yang bergerak dengan SOP yang ketat ke masjid-masjid kampung berkenaan.

HULUR SUMBANGAN…Sumbangan lembu korban untuk Masjid Kg Peladok.

Jamlan melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pengerusi masjid yang terlibat bersama ahli jawatankuasanya yang memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan program sumbangan berkenaan.

Beliau juga berharap agar sumbangan Wakil Rakyat N.8 Pintasan ini dapat dimanfaatkan ibadahnya oleh keseluruhan penduduk kampung berkenaan.

Majlis dan aktiviti penyerahan sumbangan lembu korban kepada masjid-masjid berkenaan dilakukan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk memastikan tidak akan berlaku isu penularan wabak melalui aktivti penyerahan lembu.

Pematuhan SOP juga dipantau oleh pengerusi-pengerusi masjid agar arahan yang digariskan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dipatuhi.

scroll to top