Akar umbi UMNO sokong Zahid dilantik TPM

ABDUL HAMID HARUN

KOTA KINABALU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi layak diangkat untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia demi kestabilan politik negara ketika ini.

“Saya sebagai pemimpin akar umbi menyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam pembentukan kabinet baru Kerajaan Perpaduan nanti yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Lahad Datu, Abdul Hamid Harun.

Beliau yang juga Ahli Cawawangan UMNO Kampung Buang Sayang Kunak Sabah berkata sudah semestinya TPM yang dilantik kelak adalah daripada UMNO dan pelantikan Dr Ahmad Zahid Hamidi juga akan membantu kestabilan politik dalam UMNO  itu sendiri.

“ Dalam keadaan ekonomi ketika ini yang  kurang stabil, kita melihat perlunya menteri yang  memiliki kewibawaan, kepakaran, ilmu dan pengalaman untuk dilantik dalam menerajui jawatan itu untuk membangun semula negara ini dengan  baik dan cemerlang,” katanya.

Menurutnya, gandingan Anwar dan  Zahid sangat bertepatan dan sangat baik dalam menerajui pentadbiran dan pengurusan negara.

“Komunikasi dan kesefahaman sangat  penting dan mustahak, maka dari  sudut itu kedua-dua  pemimpin ini sangat sefahaman, memiliki toleransi dan kepakaran dan mampu mendatangkan kestabilan negara,” kata Hamid.

Katanya, Zahid memiliki pengalaman luas, pernah menerajui beberapa kementerian yang penting, mempunyai  hubungan antarabangsa yang dijalin sebelum ini  menyebabkan keyakinan negara luar pada kita  bertambah dan kukuh.

Selain itu, UMNO akan stabil apabila Zahid menjadi TPM kerana sebagai hirarki tertinggi dalam parti, beliau mampu mencegah kelompok perpecahan dalaman parti selepas ini .

Katanya, DS Anwar perlukan kerajaan yang stabil dan sudah semestinya Anwar juga mengharapkan kestabilan dalam parti yang sama-sama membentuk kerajaan untuk jangka masa panjang.

scroll to top