AMANITA IPD Penampang Agih 18 Bakul Makanan Di Kg Serigai

PRIHATIN: Skuad AMANITA IPD Penampang merakamkan gambar kenangan semasa Op Bantu mengagih bakul bantuan makanan kepada 18 keluarga di Kampung Serigai, Putatan.

Oleh MARIAYATI MURSIDI

PENAMPANG: Skuad Aman Wanita (AMANITA) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang melaksanakan Op Bantu iaitu agihan bakul bantuan makanan kepada 18 keluarga di Kampung Serigai, Putatan, hari ini.

Op Bantu merupakan inisiatif daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui AMANITA dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah turun padang untuk mengagihkan bantuan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Daerah Penampang dan Putatan.

Op Bantu kali ini diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Penampang ASP Abdul Jain Asbah dan Ketua AMANITA IPD Penampang Inspektor Arisanti Aziz.

Seiring dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, pelaksanaan Op Bantu ini mencerminkan keprihatinan jabatan dan agensi penguatkuasaan dalam membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

scroll to top