Annuar Tinjau Kemudahan Gereja Katolik Kg Bariawa Tengah

TINJAU ... Annuar (kiri) bersama Beritus ketika tinjauan dalam gereja.

Oleh HENRY BATING

KENINGAU: Keberkesanan pelaksanaan projek pembangunan kawasan Parlimen Keningau yang disalurkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan sentiasa mendapat pemantauan.

JOCOBUS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman meninjau salah satu projek itu yang melibatkan pembikinan 20 bangku panjang di Gereja Katolik Bonda Maria Perdamaian Kg Bariawa Tengah.

“Bangku panjang itu merupakan kemudahan umat beribadat di samping kegunaan pelaksanaan program kebaktian,” kata Jocobus Jack Geradus yang merupakan salah seorang umat di gereja tersebut.

Program turun padang Annuar merupakan aktiviti tetapnya bertemu rakyat di peringkat akar umbi untuk mendengar permasalahan dan mengenal pasti penyelesaian yang perlu dilaksanakan.

Turut mengiringi Annuar dalam tinjauan itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Fredrick Fred Toyong .

Tinjauan Annuar disambut Ketua Kampung Kg Bariawa Tengah KK Beritus Gansong yang seterusnya memberi taklimat tentang keadaan penduduk di kampung berkenaan.

Gereja tersebut digunakan lebih 150 umat bersembahyang setiap Ahad.

 

scroll to top