KOTA KINABALU: BIZfibre yang baharu, perkhidmatan jalur lebar Astro generasi akan datang dengan penghala WiFi-6 yang menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi pada kestabilan yang lebih baik kepada perniagaan kini boleh didapati di Sabah di kalangan SME.
BIZfibre dikuasakan oleh Astro Fibre, adalah pelengkap sempurna kepada Pek TV komersialnya yang menawarkan sukan secara siaran langsung, rancangan TV terbesar, filem blokbuster dan berita terkini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro – Designate, Euan Smith berkata, “Memandangkan perniagaan kini menjadi lebih global dan berdaya saing, ia adalah penting bagi semua usahawan sehingga syarikat besar untuk mempunyai akses yang lebih baik kepada sambungan yang lebih pantas dan dipercayai.
SME merupakan tulang belakang kepada ekonomi Malaysia yang menyumbang 97% daripada jumlah pertubuhan perniagaan. Kami berharap untuk bekerjasama dengan sektor SME menerusi tawaran sambungan dan penyelesaian hiburan dengan WiFi bertaraf dunia serta kandungan menarik yang sah.
Melalui perkhidmatan ini, SME akan berasa tenang apabila mengetahui bahawa mereka melanggan pakej komersial TV yang sah dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka. Mendengar maklum balas daripada pelanggan dan prospek komersial kami, kami telah mereka rancangan BIZfibre kami untuk meningkatkan prestasi perniagaan melalui sambungan yang lebih pantas, lebih dipercayai dan stabil.
Kami telah memilih rangkaian pakej nilai tambah yang memenuhi semua keperluan komersial tanpa mengira saiz atau industri. Pek TV BIZfibre dan komersial kami menawarkan proposisi nilai yang unik berdasarkan pelbagai kandungan dan perkhidmatan Astro yang hebat. Kami yakin BIZfibre akan menjadi sumbangan penting kepada peningkatan jalur lebar dan pangkalan pelanggan komersial kami.”
Majlis pelancaran khas yang diadakan di Le Méridian Kota Kinabalu dihadiripemimpin industri di Sabah termasuk Presiden Persatuan Kedai Kopi & Restoran Bersatu Sabah Yong Chee Yun, Pengarah Siam Thai Cuisine Mahadi Bin Santa dan Syahimah Abdul Rasa, Pemilik Puteri Kitchen 2 Dayang Rahmah, Pengurus Mai Yai Thai dan The Vikings Arthur Mojugah serta Pengurus Cock & Bull Adrian Abah.
Pemilik-pemilik perniagaan ini adalah antara usahawan-usahawan yang disokong oleh Astro’s Business Solutions untuk pulih dengan kukuh apabila ekonomi dibuka semula supaya mereka boleh terus melayani pelanggan, kini menggunakan sambungan jalur lebar BIZfibre bersama tawaran kandungan TV Astro yang menarik.
Sempena pelancaran BIZfibre, Astro menawarkan Pek VIP dengan 59 saluran dan Pek Plus VIP dengan 70 saluran. Pek VIP disertakan dengan semua pas sukan VIP seperti Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan sukan secara siaran langsung lain yang menarik seperti Liga Perdana, La Liga, Ligue 1 dan Serie A, Formula 1, UFC, NBA dan banyak lagi termasuk siri signature Astro Originals, One Cent Thief; rancangan antarabangsa premium, Star Trek: Short Treks S1 dan The Roundup (akan datang pada 26 November); kegemaran tempatan iaitu Gegar Vaganza Musim 9, I Love Hua Hee dan Kuri musim 2; serta berita terkini untuk memastikan pelanggan mendapat maklumat terkini tentang peristiwa semasa.
Pelanggan boleh menunjukkan 5 kandungan sukan yang berbeza secara serentak. Pek VIP Plus termasuk Pas Sukan VIP dan Pas Ragbi dengan 8 skrin sukan yang berbeza secara serentak, dilengkapi dengan pilihan kelajuan jalur lebar sama ada 500Mbps atau 800Mbps secara percuma* sehingga 24 bulan. Jalur lebar percuma sehingga 24 bulan disertakan dengan langganan tv komersial VIP baharu.
Ketua Bisnes Perusahaan dari Astro, Kevin Ng berkata, “Kami telah melihat peningkatan sebanyak 20% di kalangan pelanggan komersial kami di Sabah berbanding dengan tahun lepas dan kami berbesar hati untuk memperkasakan peluang SME di Sabah melalui AstroBIZ, cabang perusahaan Astro kerana mereka berusaha untuk meningkatkan operasi dan reputasi tempatan melalui pek flexi komersial premium baharu kami yang digabungkan dengan BIZfibre pada harga pengenalan istimewa. Kami menggalakkan perusahaan komersial seperti kedai F&B dan hotel untuk hanya mengakses kandungan yang sah.
Astro telah melabur banyak dalam sukan siaran langsung dan hiburan berkualiti tinggi untuk pelanggan kami selama ini kerana kami tahu mereka menghargainya. Kami mengambil serius tentang penstriman kandungan yang menyalahi undang-undang untuk memastikan kami berlaku adil terhadap pelanggan komersial kami yang sah.
Di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022, sesiapa yang ditangkap menstrim kandungan yang tidak dibenarkan boleh didenda sehingga RM200,000, dipenjarakan sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali untuk cetak rompak.”