Awang Husaini ajak pengundi Putatan bijak memilih calon untuk kerajaan seterusnya

SERTAI PKR ...Awang Husaini (dua kiri) menerima borang kemasukan ahli Parti Warisan Sabah yang beralih sokongan kepada PKR.

PUTATAN: Seramai 107 ahli Warisan Kampung Pituru, Sabindo yang kebanyakannya dalam ahli generasi muda menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Putatan yang diketuai oleh Azaharuddin Apong pada Khamis malam.

Borang keahlian telah disampaikan sendiri kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat yang juga Calon No.1 Harapan Parlimen P.173 Putatan, Awang Husaini Datuk Haji Awang Sahari sempena Majlis Kenduri bersama penduduk Kampung Pituru, Sabindo, di sini.

ALBUM KENANGAN … Merakamkan kenangan bersama penduduk Kampung Pituru Sabindo sempena majlis keduri bersama penduduk kampung.

Turut hadir di majlis itu ialah Calon No.3 Harapan Parlimen Papar Henry Shim.

Pada malam yang sama, Awang Husaini juga turut menghadiri program ramah mesra bersama  masyarakat Pekan Sabindo di Restoran Payau Sabindo.

Berucap di majlis itu Awang Husaini mengajak masyarakat di Putatan khasnya dan Kampung Pituru amnya, terutamanya kepada pengundi muda untuk sama-sama menunaikan kewajiban, melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih pada 19 November nanti.

Katanya, sebagai generasi yang bakal mewarisi kepimpinan negara beliau berharap para pengundi muda yang ada hari ini akan bijak memilih dan akan bersama dengan Pakatan Harapan, bangun dan bangkit dengan satu keazaman untuk membina sebuah negara baharu Malaysia yang lebih bersih dan lebih baik.

SANTAI … Bersama masyarakat Pekan Sabindo sempena program ramah mesra di Restoran Payau Sabindo.

Menurut Awang Husaini, pada pilihan raya kali ini kita akan  menentukan masa depan kita. Pilihanraya yang besar sekali kepada rakyat Malaysia.

“Saya berdiri di sini hari ini kerana kekuatan suara anak-anak muda ini..saya ingin bercakap kepada anak muda,” tegasnya.

Katanya, tiga hari yang lalu, sejarah telah terukir di Putatan di mana seorang insan yang beliau hormati bernama Datuk Dr. Marcus Mojigoh, mantan tiga penggal Ahli Parlimen Putatan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan kepada Harapan.

“Saya dulunya BN. Tetapi kali ini kita perlu ‘change’ kita perlu ubah, menurut Marcus,” katanya.

MESRA … Awang Husaini bersalaman dengan masyarakat Pekan Sabindo sempena program ramah mesra di Restoran Payau Sabindo.

Munurut Awang Husaini, apakah yang saya ingin katakan di sini bahawa walaupun seketika dahulu beliau pernah berjuang di dalam BN tetapi kerana usaha kita, kerana usaha rakyat Malaysia, pembaharuan perlu diadakan untuk kerajaan Malaysia.

“Beliau membuat keputusan untuk bersama sama dalam perjuangan Pakatan Harapan untuk menang pada pilihanraya kali ini,” katanya.

“Ingat nama ini, ‘Datuk Dr. Marcus Mojigoh’, begitu tinggilah nilai budinya , begitu tinggilah pengorbanannya, begitu tinggilah perjuangannya. Orang-orang beginilah negarawan-negarawan yang perlu kita contohi.

RAMAH …Beramah mesra bersama masyarakat Tiong Hua sempena program Santai Pagi bersama masyarakat Rumah Pangsa Tanjung Aru.

Kerana negara ini, beliau sanggup berkorban dan bercakap ‘change’ , kita perlu ubah.

“Kerana apa?  ‘Enough is enough’. ‘Corruption’ yang telah berlaku berpuluh-puluh tahun, salah tadbir urus dan masalahnya yang akan menangung bebanan ini ialah anak-anak muda ini.

Katanya, hutang negara semakin melambung naik. Kalau hutang negara semakin banyak..negara perlu membayarkan hutang yang begitu tinggi.

“Akibatnya, kos sara hidup kita semakin rendah dan kehidupan rakyat akan semakin rendah. Anak-anak muda akan menjadi mangsanya.

SANTAI … Bersama masyarakat Rumah Pangsa Tanjung Aru sempena Program Santai Pagi.

“Wahai anak anak-anak muda bangkitlah. Bangkit bukan untuk Sabah. Bangkit bukan untuk Putatan, bangkit bukan untuk saya, bangkit bukan untuk sahabat saya..Tetapi bangkit untuk negara Malaysia untuk menyelamatkan negara Malaysia ini.

Awang Husaini turut merakamkan ucapan penghargaan kepada calon Harapan Parlimen Papar Henry Shim yang sudah mula rajin turun padang walaupun belum ditabalkan.

“Tahniah saya ucapkan kepada sahabat saya (Henry Shim). Dia perlu dimenangkan dari sebelah sana (Papar), dan saya perlu dimenangkan di sebelah sini (Putatan).

“Tetapi yang menang ini sebenarnya anda semua..anak-anak muda ini yang menang ..anda semua yang menang.

“Kami berdua ini cuma calon sahaja. calon yang cuba bersedia berdiri di hadapan anda, menjual muka kami di sini kerana kami bertanggungjawab terhadap negara ini ..anda bertanggungjawab kepada negara ini.

“Kami cuma calon dalam pilihanraya ini untuk melengkapkan permintaan anda di dunia ini ..kami cuma calon untuk mewakili anda ..kami cuma calon untuk melihat kampung anda dan yang paling penting kami adalah calon yang mempertahankan kedaulatan negara dan mempertahankan hak anak-anak kita, kamu anak-anak muda di negara Malaysia yang tercinta ini.

Katanya, godaan bermacam macam godaan, parti bermacam-macam parti , pemimpin bermacam-macam pemimpin.

TERIMAKASIH …Awang Husaini berucap ringkas sewaktu menghadiri Majlis Kenduri di rumah Ketua Ranting Kampung Linsuk, Aziz Tasak, di Pasir Putih, Putatan.

“Tatapi kita memerlukan pemimpin yang stabil yang mana kita mempunyai pandangan, beliau adalah pemimpin yang boleh kita tabalkan sebagai Perdana Menteri.

Apabila beliau bangun pagi, gosok gigi, pakai kot ..terus ke Putrajaya untuk menjalankan tanggungjawabnya demi anda, demi negara.

Kita tidak mahu ada Perdana Menteri apabila lepas mandi, pakai baju entah ke mana. Adakah dia ke mahkamah?..ke Putrajaya kah?..ke mahkamah rayuan kah?, kita tidak tahu hala tujunya.

“Kerana, fokus yang ada di sini adalah fokus kepimpinan negara, kita memerlukan pemimpin negara yang ‘stedy’ kata orang Sabah.

“Kita memerlukan pemimpin yang betul-betul bersedia untuk menanggung tanggungjawab jadi pemimpin negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Itulah dia Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

HADIR …Antara hadir yang hadir pada Majlis Kenduri di rumah Ketua Ranting Kampung Linsuk, Aziz Tasak, di Pasir Putih, Putatan.

Tambahnya, di Dewan Rakyat ada dua segmen. Segmen yang pertama adalah kami. Kami adalah wakil anda untuk melengkapkan satu sistem demokrasi untuk mengangkat seorang Perdana Menteri yang difikirkan sesuai.

Tetapi yang paling penting adalah konsep demokrasi di mana, amanah saya ini tertumpu kepada anda semua. Andalah yang melantik kami  untuk melengkapkan sistem demokrasi negara.

“Anda adalah punca segala-galanya. Punca air..punca matahari ..punca untuk kami melengkapkan negara Malaysia ini.

“Jikalau anda kurang dalam pendirian, jika anda kurang penilaian pada 19 haribulan ini, kita terpaksa menunggu 5 tahun lagi untuk memperbaiki negara ini.

Katanya, memang, kalau saya tinjau-tinjau pada pilihanraya yang lalu, saya dengar macam-macam.

Ada yang mengatakan gula-gula, ada mengatakan bom. Tetapi anak-anak muda sekelian termasuk anak saya di rumah.

Dengan nada yang begitu teguh, pada pilihanraya pada tahun ini bukan untuk kita mencari 300, bukan kita mencari 500, bukan kita mencari 1000, tetapi pilihanraya kali ini untuk kita mencari sebuah negara yang harmoni, mencari sebuah negara yang makmur, mencari sebuah negara yang akan menuju kepada kota-kota yang maju di dunia.

Katanya, begitulah kekuatannya pilihanraya pada tahun ini yang mana jentera-jentera pilihanraya akan menggunakan segala yang ada untuk menang pada tahun ini.

Sampaikan banjir pun tidak peduli. Banjir-banjirlah tetap pilihan raya. Sedangkan tempoh saya menamatkan penggal Parlimen saya berakhir pada bulan Jun tahun hadapan.

Tetapi, tidak tahu secara tiba-tiba, ketika saya tekun melawat kampung, tekun bekerja berucap di Parlimen tiba-tiba dikejutkan dengan pilihanraya.

Pilihanraya yang tidak begitu punya moral yang tinggi, pilihanraya ketika anda bergelut dengan kos sara hidup, pilihanraya yang diumuk ketika mungkin kita berhadapan dengan angin monsun dan banjir tetapi mereka tak perduli.

Apa yang mereka perduli adalah untuk mendapatkan kuasa.

Apa peranan kita? Untuk mengambil kuasa itu, untuk meletakkan kuasa itu ditempat yang betul.

Kalau seorang imam mengimamkan kita. Kalau imam itu salah bacaannya. bagaimana sembahyang kita. Kalau imam itu kurang arifnya apalah jadi kita sebagai makmum. Begitulah pentingnya seorang imam dalam sembahyang.

JAMU SALERA … Hadirin menjamu salera sempena Majlis Kenduri di rumah Ketua Ranting Kampung Linsuk, Aziz Tasak, di Pasir Putih, Putatan.

Begitu juga lah pentingnya sebagai seorang Perdana Menteri.

Kalau kita salah melantik akan punahlah negara ini dan kita akan menyesal untuk selama-lamanya.

Datuk Dr. Marcus Mojigoh ada berpesan kepada saya. “Awang, kau kasih tahu sama orang kau. Badosa itu orang yang ambil gula-gula, kalau dia jual dia punya undi. Dia bukan saja badosa kepada diri dia. Dia badosa kepada anak-anaknya dan badosa kepada generasi akan datang.

Kerana gula-gula cuma kita boleh dapat sekali dalam lima tahun. Tetapi kekuatan kita untuk berkhidmat kepada rakyat akan tetap ada di sanubari untuk lima tahun.

“Saya amat terpegun dan bercakap kepada beliau. Nasihat beliau akan saya sampaikan kerana penting untuk memperingatkan saya dan anak saya, penting untuk anda untuk anda memberitahu kepada sahabat anda yang lain,” katanya.

Sehubungan itu Awang Husaini menginggatkan kepada seluruh masyarakat di Putatan khasnya dan Sabah amnya untuk sama-sama memikirkan dengan matang kerajaan bagaimana yang ingin mereka bentuk selepas 19 November nati.

“Gunakanlah kuasa anda untuk memiih pemimpin-pemimpin yang benar-benar tulus untuk membela nasib anda dan negara menerusi pembentukan sebuah kerajaan baru Malaysia yang lebih baik dan bersih,” tegasnya.

Pada hari sebelumnya, Awang Husaini telah menghadiri Program Santai Pagi bersama masyarakat Rumah Pangsa Tanjung Aru diikuti menghadiri Majlis Kenduri di rumah Ketua Ranting Kampung Linsuk, Putatan,  Aziz Tasak.

scroll to top