Awang Husaini hadiri program Ramah Mesra Anak Jati Kg. Tanjung Aru Baru

Kelihatan, Awang Husaini (tengah) beramah mesra bersama Khalid Osman (tiga kiri), pengerusi Persatuan Anak Jati Kg. Tanjung Aru pada lawatan berkenaan. 

RAMAH MESRA… Naib Presiden PKR, Awang Husaini Sahari meluangkan masa menghadiri Program Ramah Mesra, bersama Persatuan Anak Jati Kg. Tanjung Aru yang diadakan di Gerai Car Wash Joe Arshad, Kampung Tanjung Aru Baru, di sini pada Khamis.

Pada kesempatan itu juga Awang Husaini yang juga calon kerusi Parlimen P173 Putatan untuk PRU15 turut meluangkan masa menziarahi Imam Bakar Adani, iaitu Imam Surau Al-Amin Kg. Tanjung Aru Baru yang kurang sihat di kediamannya.

Kelihatan Awang Husaini (tiga kanan) mendengar penerangan oleh Imam Bakar Adani (tiga kiri) di kediamannya.

scroll to top