Awang Husaini luangkan masa temui masyarakat Rumah Pangsa Tanjung Aru

MESRA..Awang Husaini berbual mesra dengan Mohd Reduan sambil diperhati Asneh dan yang lain.

KOTA KINABALU: Calon HARAPAN Parlimen Putatan, Awang Husaini Datuk Haji Awang Sahari kelmarin meluangkan masa Santai Pagi bersama warga Rumah Pangsa Tanjung di Kak Min Cafe, di kawasan perumahan itu, di sini.

Bagi warga Rumah Pangsa Tanjung Aru, Calon No.1 ini bukan lagi asing kepada mereka.

Selaku penyandang Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini merupakan antara pemimpin yang sering turun padang, mendengar rintih payah, menghulurkan sumbangan mahupun keperluan dan mendengar permasalahan yang dihadapi penduduk, baik di kawasan Tanjung Aru mahupun seluruh kawasan Putatan.

Dalam tempoh negara berhadapan dengan penularan wabak COVID-19 yang agak payah lalu, Awang Husaini juga antara pemimpin yang banyak menyalurkan bantuan  kepada penduduk di kawasan Putatan, walaupun pada ketika itu parti Pakatan Harapan sudah berada dalam blok pembangkang.

Kehadiran Awang Husaini pada pagi itu,  begitu turut mendapat sambutan yang agak memberangsangkan, baik daripada warga Rumah Pangsa Tanjung Aru, mahupun dari penduduk sekitarnya.

Lebih menarik, kehadiran Awang Husaini ke Rumah Pangsa Tg. Aru pada pagi tadi, dimeriahkan dengan pertembungan bersama blok jentera parti lawan, Barisan Nasional (BN) yang juga secara kebetulan mengadakan program sama di kawasan perumahan ini.

Keberadaan Awang Husaini menemui penduduk di Rumah Pangsa ini turut disambut mesra oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru, Mohd Reduan Datuk Aklee dan Ketua PDM BN Tanjung Aru, Asneh Libung.

SANTAI PAGI …Awang Husaini bersama sebahagian penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru yang berada di Kak Min Cafe berkenaan.

Semangat demokrasi dan tali persudaraan begitu jelas terpapar dari raut wajah kedua dua belah bihak.

Walaupun tidak sempat terjumpa dengan calon BN Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya, namun percaya, jika bersua pun, kedua duanya pasti akan berpelukan.

Ini adalah kerana kedua dua calon ini,  Awang Husaini (HARAPAN) dan Shahelmey (BN) ini bukan juga orang lain. Umpama bapa dengan anak yang mempunyai keazaman yang sama untuk menjadi salah seorang pemimpin Putatan yang terbaik di hati rakyat.

Bagaimanapun, 19 November 2022, adalah penentuan. Pertembungan 4 penjuru di Parlimen Putatan akan menyaksikan. Siapa akan lebih diyakini. Pengundi akan jadi penentunya.

scroll to top