KOTA KINABALU: Kerajaan menubuhkan badan baharu di bawah fungsi Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines – East Asia Growt Area (BIMP-EAGA).
Utusan Khas BIMP-EAGA, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia berkata, ia merupakan inisiatif Ketua Menteri Sabah dalam meningkatkan perkembangan dan kemajuan badan tersebut.

CENDERAMATA … Pandikar (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar.
“Ketua Menteri Sabah berhasrat memberi perhatian dan perkembangan baharu dalam soal dasar negara-negara jiran menerusi penubuhan badan ini.

KENANGAN … Gambar Roma dan rombongan semasa kunjungan terhadap Tun Juhar.
“Sebagai utusan khas yang dilantik, usaha akan dijalankan dalam menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Indonesia dan Filipina bagi mengatasi isu ekonomi dan pendatang tanpa izin (PTI),” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Isnin.
Terdahulu, Pegawai Perhubungan Tentera Nasional Indonesia di Kota Kinabalu, Leftenan Kolonel Roma Ulianth Paul dan rombongan turut mengadakan kunjungan bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara Sabah dan Indonesia dalam soal ketenteraan serta keselamatan.-Penerangan.