KOTA KINABALU : Barisan Nasional (BN) menamakan bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Benedict Asmat sebagai calonnya bagi Perlimen P.183 Beluran Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.
Pengumuman calon rasmi BN itu dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar ) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis malam.

BUNG MOKTAR
Bung yang juga turut memaklumkan pertukaran calon BN bagi kawasan Parlimen P.191 Kalabakan dari penama yang diumumkan sebelum ini Aslin Fadli Bin Samsul Alang digantikan dengan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Batu Andy Muhammad Suryady Bin Bandy untuk bertanding di kawasan Parlimen Kalabakan.
Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata, Benedict 54 , yang sebelum ini anggota Jawatankuasa Umno bahagian Beluran dipilih kerana beliau anak tempatan berpendidikan dan mempunyai banyak pengalaman khsusunya dalam perkhidmatan awam.
“Beliau merupakan anak tempatan Beluran berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Antropologi dan Sosiologi (kepujian) daripada Unversiti Malaya berpengalaman luas dalam bidang pertadbiran dimana sebelum ini beliau merupakan penjawat awam .
Untuk rekod Benedict sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah (Luar Bandar) Beluran 1991-1998,Penolong Pegawai Daerah Beluran (Pentadbiran) 1998-2010, Pegawai Daerah Telupid 2014-2019,Pegawai Daerah Semporna 2019-2020 Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (Dis 2020-Jan 2021) Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya (Jan 2021- Dis 2022 dan jawatan terakhir dalam perkhidmatan Awam sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan.
Bung berkata pemilihan Benedict sebagai calon BN merupakan pilihan tepat di mana sebelum ini beliau berpengalaman luas dalam jentera pentadbiran awam selain merupakan anggota parti dan pernah menjawat beberapa jawatan di peringkat bahagian.
” Dengan pengalaman beliau sebagai penjawat awam sebelum ini sudah tentu dapat membantu beliau melaksanakan tugas-tugasnya sebagai wakil rakyat sekiranya diberikan mandat oleh rakyat di kawasan Beluran dalam PRU Ke-15 kali ini,” katanya.
Bagi seorang lagi calon BN di kawasan Parlimen Kalabakan Andi Muhammad Suryady yang kini merupakan Adun Kawasan N.71 Tanjung Batu dan dilantik sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan merupakan seorang pemimpin muda yang berkelulusan Izajah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Unversiti Teknologi Malaysia (UiTM) sudah tidak asing lagi bagi masyarakat di kawasan Kalabakan.
” BN Sabah yakin kedua-dua calon yang berlatarkan pendidikan yang tinggi berkelayaan profesional serta berpengalaman dalam pentadbiran awam akan mampu menggalas amanah bagi mewakili kepentingan rakyat di kawasan masing-masing apabila mereka dipilih kelak dalam PRU Ke-15 kali ini,” tambah Bung.