BSMM Santuni 150 Keluarga Terjejas Pandemik

PENERIMA ...Antara Penerima Bantuan Bakul Merdeka 2021 di Kg Tudan yang terletak di antara sempadan daerah Tuaran dan daerah Penampang.

PENAMPANG: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Sabah menyantuni 150 buah keluarga terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bantuan Bakul Merdeka yang diagihkan kepada keluarga terjejas adalah sumbangan Yayasan Hasanah, orang perseorangan dan persatuan itu sendiri.

KENANGAN … Ahli-ahli sukarelawan BSMM Penampang bersama-sama dengan team MRCS 4 X 4 Penampang yang bergerak ke Kg Terian dan Kg Buayan Penampang pada 31 Ogos 2021.

Selain BSMM, Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) BSMM Sabah juga terlibat mengagihkan bantuan tersebut ke lapan buah  kampung sekitar daerah itu menggunakan enam buah kenderaan pacuan 4 roda (MRCS 4 x 4) ekoran keadaan jalan yang mencabar sebelum sampai ke destinasi.

Program bantuan tersebut berlangsung pada 29 dan 31 Ogos 2021 dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.-Penerangan.

scroll to top