CEO ESSCOM Adakan Kunjungan Hormat Terhadap TYT

CENDERAKENANGAN ...  Jamaluddin (dua dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Juhar (dua dari kanan) sambil diperhati Pengarah Bahagian Khidmat Keurusetiaan ESSCOM, Nurul Ellda Baharudin (kiri).

KOTA KINABALU:  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM, Dr Jamaluddin Mohd Ali mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, pada Khamis.

Ia merupakan kunjungan sulung beliau ke Istana Negeri setelah dilantik sebagai CEO ESSCOM yang baharu, menggantikan Noor Alam Khan A. Wahid Khan berkuatkuasa 7 September 2020.

BUAL MESRA: Abdullah (kiri) memaklumkan isu perkastaman Sabah kepada Tun Juhar (kanan).

Menurut Jamaluddin, Tun Juhar merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap agar ESSCOM terus memainkan peranan sebagai sebuah entiti keselamatan yang disegani dalam mempertahankan keselamatan serta kedaulatan Pantai Timur Sabah daripada diceroboh oleh anasir-anasir luar, khususnya ancaman daripada Kumpulan Militan Abu Sayyaf  daripada selatan Filipina.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Abdullah Jaapar bagi memaklumkan perkembangan semasa mengenai tugas-tugas perkastaman di Sabah dan Labuan.-Penerangan.

scroll to top