Cubaan Seludup Minyak Petrol Gagal

RAMPAS: Beberapa jerikin berisi minyak petrol yang dirampas.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan sebuah perahu di kawasan laut Pelabuhan Semporna dalam keadaan mencurigakan, petang kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna Deputi Superintendan Mohamad Ismail berkata, setelah menyedari kehadiran polis, suspek telah bertindak terjun dari bot dan melarikan diri ke kawasan bakau Laut Sum-Sum.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan telah menjumpai beberapa jerikin berisi minyak petrol disyaki hendak diseludup ke negara jiran,” katanya menambah, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM14,762.50.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Kawalan PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-9391197.

scroll to top