Cucunda Tun Juhar terima vaksin Pfizer

TERIMA VAKSIN ... Tun Juhar (kanan) menyaksikan cucunda, Maya Anureen Eliza ketika menerima vaksin.

KOTA KINABALU: Cucunda kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin iaitu Maya Anureen Eliza Omar Raisul As-Salam Syah, 6, hari ini menerima vaksin jenis Pfizer BioNTech.

Cucunda sulung Tun Juhar itu disuntik oleh Jururawat Terlatih, Irsalina Abdul Sani daripada Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu yang diketuai oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Suhaila Osman.

Maya Anureen Eliza kelihatan tenang ketika menerima vaksin tersebut sambil ditemani ayahandanya, Dr Omar Rasul As-Salam Syah Sulaiman Omar di Istana Seri Kinabalu.-Penerangan.

scroll to top