KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil keputusan menangguh pembukaan semua taman-taman awam di sekitar ibu negeri.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip berkata penangguhan itu berkuatkuasa serta merta berikutan kes positif COVID-19 yang mendadak hari ini.
“Keputusan dibuat selepas mengambil kira kenaikan mendadak jangkitan COVID-19 yang membimbangkan di sini.
“Dalam masa sama Taman Ujana Rimba Tropika dan Taman Tun Fuad Stephens yang dibuka sejak 13 Julai lalu turut ditutup sehingga dimaklumkan kelak,” katanya.
Terdahulu DBKK memaklumkan pembukaan Taman Awam Teluk Likas yang boleh dikunjungi orang ramai mulai Ahad depan.