Ebit Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan

TENOM: Ebit Lew, mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan berhubung kesalahan gangguan seksual yang dibacakan terhadapnya di Mahkamah Litar Tenom, di sini.

Pendakwah bebas berusia 37 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya dalam semua 11 pertuduhan terbabit.

Kes pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala Ebit diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Majistret Nur Asyraf Zolhani yang mendengar pertuduhan berkenaan menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen.

Manakala tarikh perbicaraan pula secara tentatif ditetapkan pada bulan Jun tahun ini.

Majistret turut menerapkan Ebit dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

scroll to top