Empat Acara Imarahkan Sambutan Maulidur Rasul Surau Al-Mukminin Rumah Pangsa Tg Aru

PERTANDINGAN AZAN ...Para peserta pertandingan azan merakamkan album kenangan bersama Zul (duduk tengah) dan jawatankuasa penganjur.

Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Sempena sambutan Maulidur Rasul 1443 Hijrah, Jawatankuasa Surau Al Mukminin Rumah Pangsa Tanjung Aru telah menganjurkan berberapa program dalam mengimarahkan sambutan pada tahun ini.

Antaranya Ceramah Agama, Pertandingan Bacaan Surah Pendek, Pertandingan Azan dan Pertandingan Mewarna yang berlangsung pada 11-19 Oktober lalu.

CERAMAH AGAMA … Para jemaah khusyuk ketika mendengar ceramah agama disampaikan oleh Ustaz Awaluddin Nasution.

Program dimulakan dengan penganjuran Ceramah Agama pada 18 Oktober di mana pihak jawatankuasa telah menjemput seorang penceramah bertauliah yang tidak asing di daerah ini iaitu Ustaz Awaluddin Nasution.

Ustaz Awaluddin telah menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti’.

TAHNIAH … Pemenang Johan pertandingan azan Sarul Salinas menerima hadiah disampaikan oleh Abdul Samad Lawi.

Bagi Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Bacaan Surah Pendek telah dilaksanakan secara atas talian yang bermula pada 11-18 Oktober lalu.

Manakala Pertandingan Azan telah berlangsung di Surau Al Mukminin selepas solat Zohor pada 19 Oktober di mana seramai 10 peserta belia dari Rumah Pangsa dan wakil Surau Al-Amin Kg. Tanjung Aru Baru telah mengambil bahagian.

TAHNIAH …Fazilah (kanan) menyampaikan hadiah kepada ibu seorang peserta.

Dalam Pertandingan Azan, pemenang Johan telah disandang oleh Sarul Salinas, Naib Johan Mohammad Azawi dan Tempat Ketiga Mohd Haziq Izzat.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai, hamper dan sijil penyertaan.

SYABAS … Ahmad (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan Bacaan Surah Pendek pula menyaksikan Nursyamimi Jenas@ Al Pian maraih Johan, Sumayyah Zul Norfaizal (Naib Johan) dan Ahmad Khalifah Muhammad Mahmudin Ketiga.

Pemenang masing-masng menerima wang tunai, buah tangan dan sijil penyertaan.

Manakala bagi Pertandingan Mewarna menyaksikan Johan disandang oleh April Nur Eyuriqa Ozzy Kairull, Naib Johan Izz Danish Riz Faizal dan Naim Arshad Tempat Ketiga.

TAHNIAH …Nordin (kanan) menyampaikan hadiah kepada Zul mewakili anaknya.

Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung pada malam 19 Oktober, selepas solat Isyak di perkarangan Surau Al-Mukminin Rumah Pangsa Tanjung Aru.

Berucap di majlis penyampaian hadiah itu, Pengerusi Surau Al-Mukminin Rumah Pangsa Tanjung Aru Zul Norfaizal Jimbul merakamkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin Nya program yang diadakan berjalan dengan jayanya.

KENANGAN … Faizal (kiri) dan Omar (kanan) merakamkan album kenangan bersama pemenang pertandinga azan mewakili Rumah Pangsa Tanjung Aru.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini,” jelasnya.

Zul turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi perhargaan dan jutaan terima kasih kepada semua warga Rumah Pangsa Tanjung Aru terutamanya kepada mereka yang telah memberikan sumbangan berupa kewangan atau pun hadiah dan membawa makanan untuk memeriahkan lagi majlis sambutan Maulidur Rasul ini.

ALBUM …Para pemenang dan ibu-ibu para pemenang pertandingan merakamkan album kenangan sempena majlis itu.

“Saya turut memohon maaf seandainya ada terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang persiapan program Maulidur Rasul ini,” katanya.

“Kepada remaja dan kanak-kanak yang menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan  saya ucapankan tahniah.

“Semoga Allah akan menjadikan  anak-anak kita di kalangan orang-orang soleh dan solehah, istikomah menjaga solat dan berjaya di dunia dan di ahkirat,” katanya.

BARISAN JAWATANKUASA …Barisan Jawatankuasa Penganjur Sambutan Maulidur Rasul 1443 Hijrah Peringkat Surau Al Mukminin Rumah Pangsa Tanjung Aru merakamkan album kenangan.

Zul mengharapkan penganjuran sebegini akan dapat diteruskan dan diwariskan kepada generasi  yang akan datang dan menambah pengelaman yang bermakna.

“Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan kita mendapatkan syafaat Rasulullah SAW di ahkirat nanti,” katanya.

scroll to top