G3PNS adakan kolaborasi melalui platform E-Hailing

LANCAR…G3PNS berkolaborasi jayakan platform e-hailing Riderunner selaras pembangunan teknologi digital 4.0.

KOTA KINABALU: Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS) mengadakan kolaborasi dengan Idolegacy Sdn Bhd melalui platform RideRunner dan berjaya memberi manfaat kepada 300 ahlinya.

Presiden G3PNS, Datuk Haji Noortaip Haji Suhaili yakin kolaborasi ini mampu membuka ruang lebih luas lagi dan mampu menggabungkan peniaga dan penjaja kepada satu ekosistem teknologi digital yang sihat sehingga mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan.

“Saya difahamkan selepas pelancaran E-Hailing RideRunner, aplikasi penghantaran makanan pula akan dilancarkan termasuk F&B dan produk Homebase/IKS yang lain,” katanya ketika melancarkan aplikasi Riderunner di sini .

Beliau berkata, platform itu akan memberi banyak kelebihan kepada mereka yang bekerja dari rumah mahupun yang sudah mempunyai premis perniagaan.

“Pihak G3PNS bersedia membuka jambatan baharu menghubungkan mereka dengan teknologi yang terkini yang dibangunkan oleh pihak Idolegacy Sdn Bhd, pemilik tunggal kepada aplikasi Riderunner E Healing.

“Kolaborasi ini mampu memberi manfaat kepada 300 orang ahli G3PNS melalui inisiatif bukan Rider ataupun non-rider sekaligus mengurangkan beban mereka yang bekerja dalam sektor ekonomi gig terus bernafas apa lagi semasa dilanda wabak covid-19.

Banyak sektor ditutup dan pastinya ramai yang sengsara serta berusaha mencari pendapatan tambahan.
Mengenai G3PNS, beliau berkata, ia adalah sebuah NGO yang menaungi Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil yang ada di setiap negeri Sabah.

G3PNS juga mendukung utama kepada M3PNS atau Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah dan di peringkat Kebangsaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan MeDAC, katanya.

Katanya,G3PNS juga mendapat peluang dan mendapat manfaat bantuan dari Perkeso apabila mereka menjalankan pekerjaan Gig di bawah platform RideRunner.

Beliau yakin banyak lagi peluang dan ruang mampu diwujudkan selaras perlumbaan pembangunan Teknologi Digital 4.0 dunia.

Sementara ity,Idolegacy Sdn Bhd sudah memacakkan nama mereka di persada nasional. “Kini tinggal lagi kita sebagai orang Sabah harus menyokong dan mengangkat Teknologi Digital yang disediakan oleh Idolegacy Sdn Bhd mahupun apa sahaja teknologi yang dibawakan mereka . Siapa lagi yang perlu naikkan bangsa kita kalau bukan kita sendiri,” katanya.

Noortaip juga berkata,Kolaborasi G3PNS dan Idolegacy adalah penanda arah merebut peluang bersama yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu usahawan di negeri ini.

Beliau harap kolaborasi itu bersifat kekal berterusan dan berpanjangan.

scroll to top