Gangguan bekalan di LTAKK bukan disebabkan oleh SESB

IDRIS MOHD NOOR

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada Rabu adalah disebabkan masalah teknikal dalaman pihak LTAKK.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electrcity Sdn Bhd (SESB) Ir. Idris Mohd Noor berkata, tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik dari pencawang elektrik milik SESB yang membekalkan elektrik ke LTAKK pada hari kejadian.

“Pihak SESB telah menghubungi Malaysia Airport Berhad (MAB) dan dimaklumkan bahawa terdapat masalah pada kabel dan peralatan suis di premis mereka di LTAKK,” katanya mengulas laporan media mengenai kejadian itu pada Khamis.

scroll to top