KOTA KINABALU: Kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir Mohammad beberapa hari lalu tidak sepatutnya dijadikan isu oleh pihak pihak tertentu.
Ketua Penerangan Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Hisham Ampongou Abdullah berkata Hajiji adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar kerana datang memberikan penghormatan kepada mantan Perdana Menteri itu yang berkunjung ke Sabah.
Katanya, Hajiji seorang pemimpin yang tidak mudah melupai jasa orang terhadapnya, apatah jasa Tun Mahathir, ketika itu pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mengangkat beliau untuk mengetuai PBPM Sabah.
“Datuk Hajiji adalah jenis pemimpin yang sentiasa mengenang budi, kerana itu beliau sanggup datang ke lapangan terbang untuk menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir atas kapasiti peribadi,” kata Hisham.
Walaupun menyedari bahawa Tun Dr Mahathir dan isteri datang untuk merasmikan jentera pilihan raya parti lawan tetapi tidak menjadi penghalang bagi Hajiji menyambut kedatangannya di Kota Kinabalu.