Hayati Cinta Kepada Negara – Jahid

SUMBANGAN ... Jahid (tengah) menyampaikan sumbangan bendera Jalur Gemilang kepada Raji.

TUARAN: Rakyat diseru menghayati rasa cinta kepada negara dengan terus menjaga keamanan negara ini.

JAHID JAHIM.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, rakyat perlu menghayati rasa cinta kepada negara terutamanya dalam situasi pandemik ketika ini.

“Sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang sangat penting dalam menyemarakkan patriotisme dalam kalangan rakyat khususnya di negeri ini.

“Melalui program sebegini, kita dapat memupuk semangat patriotik terutamanya pada golongan muda untuk sama-sama menjaga negara.

“Saya menyeru rakyat khususnya di negeri ini agar sama-sama membantu negara dengan sentiasa patuh dan menyokong usaha kerajaan terutamanya dalam usaha mendepani wabak Covid-19.

“Usaha rakyat boleh ditunjukkan dengan menjayakan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan,” ujar beliau.

Jahid ditemui media selepas menyempurnakan gimik Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, hari ini.

KONVOI…Sambutan Hari Kebangsaan 2021.

Dalam pada itu, Jahid yakin program vaksinasi yang dijalankan di Daerah Kecil Tamparuli tersebut akan mencapai sasaran 70 peratus rakyat yang sudah divaksin menjelang Oktober ini.

Turut hadir, Ketua Bahagian Pengurusan Polis Daerah, Asisten Superintendan Raji Hussin Suhodin dan Pegawai Penerangan Daerah, Malina Jamarin.-Penerangan.

scroll to top