Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN
KOTA KINABALU: INVEST Sabah diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Madiyem Layapan mengadakan kunjungan hormat kepada Utusan Khas Sabah ke BIMP EAGA, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia di pejabatnya di Tingkat 25, Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).
Dalam kunjungan itu, Madiyem menjelaskan mengenai tanggungjawab Invest Sabah sebagai sebuah agensi pelaburan sehenti (One stop Investment Agency) milik Kerajaan Negeri.
Antara fungsi Invest Sabah ialah mempromosi Sabah sebagai sebuah destinasi pelaburan yang strategik.
Ia juga mempromosi peluang pelaburan di Sabah melalui Domestic Direct Investment (DDI) dan Foreign Direct Investment (FDI) dalam sektor pengeluaran, sektor pelancongan, pertanian, modal insan, infrastruktur dan sektor utiliti.
Selain itu, Invest Sabah dipertanggungjawabkan untuk menganjur misi pelaburan dan perdagangan asing serta menganjurkan seminar antarabangsa, konvensyen dan pameran dagang.
Antara negara pelabur yang jadi tumpuan Invest Sabah ialah China, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Filipina, Hong Kong, Indonesia, Timur Tengah, Duabi, Brunei, Anerika Syarikat dan Taiwan.
Invest Sabah juga memfasitasi cadangan pelaburan dari agensi negeri dan persekutuan, membantu permohonan lesen di bawah SMA (State Manufacturing Approval), menyediakan ‘Non-objection Letter’ bagi pihak kerajaan Negeri berkaitan Federal Manufacturing License (FML) di bawah ICA 1975 (Pindaan).
Katanya, Invest Sabah juga mempromosi taman perindustrian untuk menarik pelabur di Sabah iaitu KKIP, POIC Sabah,SOGDC dan Sandakan Furniture Hub.
Dalam majlis itu, Tan Sri Pandikar memuji penubuhan Invest Sabah sebagai sebuah agensi pelaburan sehenti (One Stop Investment Agensy) kerana ia memberikan impak yang baik dalam usaha menarik pelaburan asing.
Pandikar juga memberi gambaran mengenai potensi pelaburan yang boleh diterokai di kawasan BIMP-EAGA.
Beliau juga menggesa agensi dan jabatan kerajaan berkaitan agar bekerja lebih efektif dan efisien dalam menjayakan hala tuju `Sabah Maju Jaya’ di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.
Katanya, terdapat kelemahan agensi dan jabatan kerajaan yang perlu diperbaiki selain mengurangkan karenah birokrasi agar aspirasi Kepimpian Kerajaan di bawah Ketua Menteri dapat dijayakan dan dilaksanakan dengan lebih cepat.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Khas Pejabat Utusan Khas BIMP EAGA, Dato Dr Ismail Idris dan Kee Zulkiflee Kee Harith.