Oleh Gindanau Sakat dan Mohd Azwan Abdullah
LABUAN: Ketua Daerah Kota Belud OKK Roslan Draman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Labuan bersama 73 orang kakitangan Pejabat Mahkahmah Anak Negeri, Kota Belud, khusus untuk DUN Kadamaian, di sini, baru-baru ini.

Roslan Draman.
Mereka terdiri dari empat orang Ketua Anak Negeri, 11 orang Wakil Ketua Anak Negeri dan 58 orang Ketua Kampung telah dibawa melawat tempat-tempat menarik di pulau itu, sambil membeli-belah di pusat bebas cukai untuk mendapatkan barang lebih murah.
Roslan memperingatkan semua ahli rombongannya supaya sentiasa menjaga etika di mana sahaja mereka berada, kerana mereka merupakan pelaksana adat yang ditentukan oleh Mahkamah Anak Negeri di daerah Kota Belud.

Roslan (tengah) mempengerusi mesyuarat di hotel terkemuka di Labuan.
Beliau telah mengadakan mesyuarat khas bagi membentuk Jentera Pilihanraya DUN Kadamaian bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) seperti yang disarankan oleh kerajaan GRS) – BN negeri bagi memastikan kemenangan calon BN pada PRU15 ini.