JK Bertindak Kampung Ria Kunjungi ADUN Bingkor 

KUNJUNGAN…Robert menerima kunjungan hormat dari Jawatankuasa Bertindak Kawasan Perkampungan Ria Atas diketuai Andrew Badsut.

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

BINGKOR: Jawatankuasa Bertindak Kawasan Perkampungan Kampung Ria Atas  diketuai oleh Pengerusinya, Andrew Badsut mengadakan kunjungan hormat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Antara tujuan kunjungan hormat itu ialah mengemukakan cadangan dan bertukar-tukar fikiran mengenai perancangan pembangunan di Kampung Ria Atas.

Pihak Jawatankuasa Bertindak juga ingin mendapatkan masukan, nasihat dan pandangan daripada wakil rakyat mengenai program-program yang dijalankan oleh kerajaan dalam memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Andrew merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Robert kerana sudi  menerima kunjungan mereka dan memberikan ruang dan masa di celah-celah kesibukan khidmatnya untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat yang diwakilinya.

scroll to top