JKDB Rumah Pangsa Tg Aru, MRA sumbang 80 bakul Makanan Kepada Penghuni

SIMBOLIK ... Syed Shah Rezza (dua kiri) menyerahkan secara simbolik sumbangan bakul makanan daripada MRA kepada Faizal (dua kanan) untuk diagihkan kepada penghuni Rumah Pangsa.

Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Biro Pembangunan Prasarana JKDB Rumah Pangsa Tanjung Aru dengan kerjasama Badan Ngo MRA telah menyampaikan bantuan 80 bakul makanan kepada 80 KIR Rumah Pangsa Tanjung Aru yang memerlukan.

Simbolik penyerahan sumbangan daripada pihak MRA telah disempurnakan oleh Penyelaras MRA Kota Kinabalu Syed Shah Rezza kepada Riz Faizal Ahmad Ketua Biro Pembangunan Prasarana JKDB di perkarangan Surau Al-Mukminin Rumah Pangsa Tanjung Aru, di sini.

TERUJA …Nelson selepas menerima sumbangan bakul makanan sumbangan MRA.

Sementara itu menurut Faizal, sumbangan ini adalah inisiatif usaha Biro Pembangunan Prasarana JKDB Rumah Pangsa Tanjung Aru mewakili JKDB di bawah UPPM N22 Tanjung Aru.

Kataya, pandemik COVID-19 telah banyak merubah kehidupan manusia termasuk sebahagian besar penghuni di perumahan ini.

Katanya, ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan terputus mata pencarian, perniagaan merosot dan sebagainya.

Sehubungan itu, pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan di dalam membantu rakyat di negara ini termasuk Sabah.

“Inisiatif yang diusahakan oleh Biro Pembangunan Prasarana JKDB Rumah Pangsa Tanjung Aru hari ini adalah sebagai turut membantu meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh penduduk terutama penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru ini,” jelasnya.

Beliau merakamkan jutaan terimakasih kepada pihak MRA yang telah menghulurkan sumbangan 80 bakul makanan berkenaan.

KEPERLUAN HARIAN … Barangan makanan yang terdapat di dalam sumbangan bakul makanan sumbangan MRA.

“InshaAllah usaha ini akan diteruskan dan beliau mengharapkan lebih banyak lagi badan-badan NGO dapat bekerjasma dengan pihak JKDB Rumah Pangsa Tanjung Aru khususnya dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan.

Seorang penghuni, Nelson Pius merakamkan ucapan terimakasih kepada pihak JKDB dan MRA di atas sumbangan bantuan bakul makanan berkenaan.

Katanya, sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan perbelanjaannya untuk membeli barang keperluan dalam tempoh seminggu dua ini.

TERIMA KASIH … Syed Shah Rezza (dua kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Yusuf Abdullah.

scroll to top