JPKK Bingkor Lama Puji Robert Kerana Terus Prihatin

PETRUS ATAP

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

BINGKOR: Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bingkor Lama melahirkan rasa terima kasih kepada Datuk Robert Tawik @Nordin ADUN N40 Bingkor merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah di atas usaha berterusan dan keprihatinannya terhadap bebanan rakyat di pandemik Covid19 ini.

Pengerusinya, Petrus Atap yang mewakili penduduk Kampung Bingkor Lama berkata, penduduk Bingkor Lama amat terharu dan berterima kasih kepada Datuk Robert yang menghulurkan bantuan bakul makanan kepada 11 keluarga yang sedang menjalani kuarantin.

Beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pejabat ADUN N40 Bingkor dan Pejabat Perhubungan Parlimen P180 Keningau yang sentiasa mengambil berat terhadap kesukaran penduduk yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.

Bantuan bakul makanan berkenaan disampaikan bersama oleh Pemaju Mukim Bingkor, George Dairie dan Pengerusi JPKK Kg Bingkor Lama, Petrus Atap yang mewakili Datuk Robert Tawik @Nordin.

George berharap kepada keluarga yang terlibat dikaurantin dapat bersabar dan dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuatkuasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Penduduk kampung dan rakyat perlu sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan khusus Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha membendung penularan virus Covid-19.

scroll to top